Skip to content

Kafe Vendeat terokai medium perniagaan digital

  • by

Kafe Vendeat diusahakan oleh Mohamad Hafiz Ariff, 28, bersama rakan kongsi, Siti Nadirah Sheikh Mohd Yusof, 28 iaitu alumni Diploma Kewartawanan, University College of Yayasan Pahang. Asal nama Vendeat diambil daripada perkataan Vendor dan Eat.


Tujuan kafe ini dibuka adalah untuk memudahkan pelanggan mendapatkan set makan tengah hari, tanpa perlu keluar dari rumah atau pejabat kerana khidmat penghantaran disediakan.
Sejak beroperasi pada tahun 2016, Vendeat menyediakan penghantaran makanan dengan caj berpatutan kepada pelanggan dari sekitar bandar ini hingga ke Gambang dan Pekan.
Memanfaatkan media sosial seperti Instagram dan Facebook sebagai medium perniagaan, Mohamad Hafiz berkata, selepas kira-kira setahun beroperasi, Vendeat berjaya meraih kepercayaan ramai hingga mempunyai pelanggan tetap.


Beliau juga berkata, menu makan tengahari yang disediakan, diubah setiap hari bagi memastikan pelanggan tidak jemu, selain memberi kepelbagaian kepada mereka yang mahu menikmati makanan di sini.
Katanya lagi, Vendeat tidak menetapkan jumlah pesanan minimum tetapi mengenakan caj penghantaran yang berpatutan, bagi setiap tempahan dan secara purata mereka mengendalikan kira-kira 15 penghantaran setiap hari. Pelanggan hanya perlu menghubungi mereka menerusi aplikasi WhatsApp (Vendeat).