Skip to content

ALUMNI Sumbang Bantuan Kepada Pelajar Rumah Dipukul Ribut

  • by

Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga. Pepatah Melayu ini melihat hubungan antara Alumni dan Pelajar saling berkepentingan.

Adik Nurhanis Abu Bakar, pelajar semester 5 dari jurusan Diploma Pengurusan Perladangan, University College of Yayasan Pahang (UCYP) merupakan mangsa bencana alam dimana kediaman beliau rosak dihempap pokok rentetan kejadian ribut di Kampung Kasing, Kuala Rompin pada 1 Mei yang lalu.

Sebagai satu inisiatif ini, Jabatan Alumni mewakili Alumni UCYP telah menghulurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur kepada beliau sekeluarga. Semoga sedikit bantuan ini dapat meringankan beban keluarga yang ditanggung.